Peniaga wanita bertudung jual satay ular, ada yang pesan hati-hati ‘travel’ ke negara jiran

Peniaga wanita bertudung jual satay ular, ada yang pesan hati-hati ‘travel’ ke negara jiran

 

 

 

 

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu hantaran video yang memaparkan seorang peniaga yang memakai tudung sedang menjual sate daging ular di Indonesia telah mendapat perhatian netizen di Malaysia.

Menerusi video tersebut, dilihat peniaga itu sedang memotong daging ular untuk dicucuk pada batang sate sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Malah, selain daging ular peniaga itu turut menyediakan menu daging haiwan reptilia lain seperti biawak, ular, dan tokek.

ular

Seperti yang kita tahu, kesemua menu yang disediakan peniaga itu merupakan makanan yang haram untuk dimakan oleh umat Islam.

Oleh itu, rata-rata netizen telah memesan kepada semua pelancong dari Malaysia supaya berhati-hati dalam pemilihan makanan di negara jiran itu.

Orang pakai tudung dan kopiah tak semestinya Islam.

Meninjau di ruangan balas, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu melancong di negara itu apabila dihidangkan bakso yang diperbuat daripada daging tikus.

twitter