Pengunjung maut jatuh dari buaian Funfair, JKKP arah ‘Funfair’ ditutup

Pengunjung maut jatuh dari buaian Funfair, JKKP arah ‘Funfair’ ditutup

Seperti yang berlaku lewat malam Rabu lalu, seorang pengunjung maut manakala seorang lagi cedera akibat terjatuh dari buaian berpusing di tapak ‘fun fair’ berhampiran sebuah pasar raya di Cheras Selatan.

Susulan kejadian itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengarahkan tapak pesta ria atau ‘fun fair’ itu dihentikan operasi dan ditutup sepenuhnya.

Bahrudin Mamat selaku Pengarah JKKP Selangor berkata, sepasukan pegawai penyiasat kini sedang melakukan pemeriksaan terperinci di lokasi kejadian.

Kita mengeluarkan lima Pemberitahuan Larangan mengikut Seksyen 19 (2) Akta Kilang Dan Jentera 1967 bagi menghentikan operasi ke atas lima unit alat permainan.

Selain itu, satu Notis Larangan mengikut Seksyen 48 (2) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 turut dikeluarkan atas kegagalan pihak operator menjalankan penaksiran risiko bagi semua aktiviti di kawasan tersebut.

Sebagai operator, Bahrudin berkata, mereka mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti. Sudah menjadi tanggungjawab operator meneliti terlebih dahulu bahaya dengan membuat penilaian risiko.

Katanya lagi di Kosmo!, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh kira-kira lapan meter dari buaian pada pukul  11.15 malam.