“Penguin mungkin adalah makhluk asing”- saintis

“Penguin mungkin adalah makhluk asing”- saintis

Penguin ialah dari spesis burung akuatik yang mana habitatnya adalah di kawasan beriklim sejuk. Biarpun ia dari spesis burung, namun penguin tidak boleh terbang.

Disebabkan habitatnya itu, penguin antara haiwan paling sukar ditemui manusia melainkan di pusat penempatan yang memelihara hidupan ini. Walau bagaimanapun, penemuan terbaharu sekumpulan siantis ini agak mengejutkan.

Foto sekadar hiasan / Kredit Pixel-mixer (pixabay.com)
Foto sekadar hiasan / Kredit Pixel-mixer (pixabay.com)

Kumpulan saintis berkenaan mendakwa penguin mungkin adalah makhluk asing berasal dari planet Zuhrah. Antara sebab mereka berpendapat sedemikian apabila kumpulan saintis ini menemui sejenis bahan kimia yang berasal dari planet tersebut dalam najis haiwan berkenaan.

Menerusi laporan Daily Star, kumpulan saintis berkenaan memberitahu bahan kimia yang ditemui itu bernama fosfin dan tahun lalu ia ditemui pada lapisan gas yang mengelilingi Zuhrah.

Planet Zuhal. (Foto sekadar hiasan). Kredit Dawn Hudson (publicdomainpictures.net)
Planet Zuhrah. (Foto sekadar hiasan). Kredit Dawn Hudson (publicdomainpictures.net)

Untuk info, planet berkenaan mengandungi lapisan atmoesfera serupa dengan bumi. Susulan penemuan ini kumpulan saintis tersebut akan terus mengkaji cara hidup penguin spesis Gentoo ini.

“Kami percaya bahawa penemuan fosfin adalah benar, namun tidak mengetahui punca kepada wujudnya unsur tersebut,” kata Dr. Dave Clements dari Kolej Imperial London.

Tambah Clements, terdapat beberapa bakteria anaerob yang menghasilkan fosfin. Mereka juga percaya bentuk kehidupan alien mungkin sudah dikesan. Disebabkan itu kajian ini perlu diteruskan bagi mengenalpasti jenis organisma yang ada di dunia lain.

Benar atau pun tidak penguin mungkin adalah makhluk asing, kajian masih dijalankan oleh kumpulan saintis ini.