Penggunaan pelitup muka tidak diwajibkan lagi? KJ kata tunggu penggumuman minggu depan

Penggunaan pelitup muka tidak diwajibkan lagi? KJ kata tunggu penggumuman minggu depan

 

LEBIH banyak kelonggaran sekatan C0v!d-19 dijangka diumumkan oleh kerajaan minggu depan, menjelang sambutan Aidilfitri.

Difahamkan, pengumuman itu mungkin ada kaitan dengan keperluan pemakaian pelitup muka di Malaysia, terutama selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin memberi bayangan bahawa ia tidak lagi diwajibkan selepas Hari Raya, lapor akhbar harian berbahasa Melayu Sinar Harian.

“Saya boleh buka mask kan? Tak apalah, selepas raya pun dah optional (pilihan),” ujarnya sebelum memulakan sidang akhbar Jelajah Agrikomoditi Antarabangsa di kementeriannya di Putrajaya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membisu mengenai kewajipan pelitup muka ketika ditanya pada pelancaran program mQUIT di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat.

 

“Tunggu minggu depan,” balasnya ringkas kepada soalan itu.

Pada majlis berasingan di Hospital Putrajaya kemudian, Khairy berkata kerajaan bersedia untuk menghapuskan lebih banyak sekatan Covid-19 memandangkan keadaan pandemik di negara ini semakin pulih.

Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai supaya tidak leka memandangkan Malaysia masih dalam peralihan kepada fasa endemik dalam memerangi C0v!d-19.

Malaysia mewajibkan pemakaian topeng muka mulai 1 Ogos 2020.

Banyak negara telah menghapuskan keperluan untuk memakai topeng muka di khalayak ramai.