Pengguna jalan raya terserempak harimau belang di LPT 2

Pengguna jalan raya terserempak harimau belang di LPT 2

 

Kelibat seekor harimau belang didakwa dilihat oleh seorang pengguna jalan raya yang melalui susur masuk Plaza Tol Dungun berhampiran Kuala Dungun di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, pengguna jalam raya terbabit biar pun ketakutan sempat merakam gambar harimau belang yang berada di tepi lebuh raya berkenaan.

Dia kemudiannya dikatakan telah memuat naik gambar tersebut ke laman Facebook sehingga menimbulkan kegemparan dalam kalangan pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Penduduk beberapa perkampungan berhampiran seperti Kampung Durian Mentangau di sini juga melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan ancaman Pak Belang tersebut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Loo Kean Seong berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan kemunculan harimau belang tersebut.

“Setakat ini kita tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian. Bagaimanapun, kakitangan telah dihantar ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.