Pengeluaran Khas KWSP dicepatkan bermula esok, 18 April

Pengeluaran Khas KWSP dicepatkan bermula esok, 18 April

 

Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bakal dikreditkan bermula esok (18 April).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui Facebook rasminya sebentar tadi mengesahkan Pengeluaran Khas KWSP itu yang akan dicepatkan masanya bermula 18 April berbanding 20 April secara berperingkat sebelum ini.

Tengku Zafrul.

“Ramai yang masej dan komen dalam media sosial saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”
Saya mendengar suara anda.

“Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, Insya-Allah,” ujarnya sebentar tadi.