Pengarah bomba Selangor diserang angin ahmar, keletihan selepas terbabit SAR tanah runtuh

Pengarah bomba Selangor diserang angin ahmar, keletihan selepas terbabit SAR tanah runtuh

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke Hospital Selayang hari ini akibat minor strok.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 6 petang tadi akibat keletihan dan minor strok selepas empat hari terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh dijalankan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

JBPM Selangor dalam kenyataan berkata, keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.

“Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita berdoa semoga kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.

Operasi mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh masuk hari keempat namun masih belum ada perkembangan terbaharu.