Pengantin perempuan terima hantaran 2 keping Bitcoin bernilai lebih RM450 Ribu

Pengantin perempuan terima hantaran 2 keping Bitcoin bernilai lebih RM450 Ribu

Hantaran menjadi salah satu tradisi yang diamalkan oleh orang melayu sejak berkurun lamanya. Konsep hantaran sebenarnya adalah hadiah buat pasangan masing-masing. Biasanya dalam bentuk pakaian, makanan, barangan dan sebagainya.

Namun berbeza bagi pasangan pengantin di Makassar, Indonesia ini. Hantaran yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada isterinya adalah dalam bentuk mata wang kripto Bitcoin. Kisah pasangan pengantin dengan hantaran 2 keping Bitcoin ini menjadi perhatian umum kerana hantaran mereka yang berbeza dan unik.

Kisah mengenai pasangan pengantin dengan hantaran bitcoin ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Mismaya Alkhaerat. Menerusi perkongsian tersebut, pemilik akaun yang juga rakan kepada pasangan pengantin itu memaklumkan hantaran dua keping Bitcoin bernilai kira-kira RM451 ribu itu dibawa oleh pengantin lelaki bernama Raja Muhammad Hasbi.

Selain dari itu, pengantin perempuan turut menerima sepasang barang kemas dan satu set kelengkapan solat. Difahamkan cinta kedua mempelai itu mula berputik ketika berkunjung ke Jakarta atas urusan matawang digital tersebut pada 2019.

2020-11-24T133928Z_788862449_RC2P9K9XL48K_RTRMADP_3_CRYPTO-CURRENCIES.jpg-tile

Pasangan pengantin ini turut mengakui sudah lama melakukan pelaburan menggunakan Bitcoin. Menurut pengantin perempuan, Bau Tenri Abeng, dia dan suami sudah lama membuat pelaburan di Bitcoin dan mempunyai simpanan di akaun.

Katanya lagi dia tidak akan mencairkan hantaran 2 keping Bitcoin itu dan mahu terus menyimpannya di dalam akaun miliknya sendiri. Wow, memang lain dari lain!