Pengantin lelaki pegang phone atas pelamin undang persoalan para netizen

Pengantin lelaki pegang phone atas pelamin undang persoalan para netizen

Menjadi Raja Sehari di hari bahagia pastinya menjadi impian setiap pasangan yang bercinta.

Namun lain pula yang terjadi apabila tular sebuah video TikTok yang memaparkan sepasang pengantin yang nampak seperti ‘terpaksa’ sahaja ketika bersanding di atas pelamin.

Pengantin main handphone

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @applesweet19 itu, gelagat dan reaksi kedua-dua pengantin itu kelihatan tidak gembira dan ianya ternyata telah menimbulkan tanda tanya netizen yang menontonnya.

Enggan membiarkan orang ramai tertanya-tanya, wanita iini tampil menjelaskan bahawa pengantin mungkin telah berasa penat dan keletihan melayan tetamu pada hari bahagia mereka itu.

Wanita itu turut menegaskan tiada istilah kahwin paksa kerana pasangan tersebut bernikah atas dasar cinta antara satu sama lain.

@appelsweet19

Balas kepada @user770135937300 atas dasar cinta.. mungkin penat kot, tu yg layan persan masing² tu.. 🤣🤣🤣🤣

♬ Danza Kuduro – Don Lore V

Video tersebut kemudiannya dipadam dan terdapat beberapa video lain yang menunjukkan pasangan itu sedang bergembira dan menari dalam majlis perkahwinan yang sedang berlangsung.