Pengantin lelaki dipujuk pasangan untuk menari, tapi kesudahan tidak dijangka

Pengantin lelaki dipujuk pasangan untuk menari, tapi kesudahan tidak dijangka

Majlis perkahwinan adalah acara yang sangat bermakna dan menerujakan buat wanita kerana mereka bukan sahaja dapat berhias dengan cantik dalam busana pengantin yang menaikkan seri mereka, tetapi mereka juga akan menjadi tumpuan utama semua tetamu yang hadir.

Walaupun majlis perkahwinan tetap penting dan istimewa bagi pengantin lelaki, tidak seperti perempuan kebanyakan lelaki tidak begitu teruja tentang menjadi tumpuan ramai.

Mungkin sebab itulah lelaki secara tradisinya mempunyai satu sut tetap untuk hari perkahwinan dan kadang kala pengapit mereka juga akan memakai sut yang sama, berbeza dengan pengantin wanita yang mana mereka satu-satunya wanita yang dibenarkan memakai gaun putih di majlis perkahwinan untuk menonjol dari orang lain.

Selain itu salah satu acara perkahwinan yang pasti akan menarik perhatian ramai sekali gus membuat ramai lelaki rasa janggal dan malu adalah apabila mereka perlu menunjukkan aksi romantik seperti menari atau saling menyuap makanan.

Sebuah video yang tular baru-baru ini contohnya menunjukkan sepasang pengantin di majlis perkahwinan mereka berdiri di hadapan pelamin sambil dirakam orang ramai.

@chollotorres

Congrats Cozzz 😍❤️❤️ #TWICE “What is Love?”

♬ original sound – Chollo Torres – Chollo Torres

Pengantin perempuan dilihat cuba memujuk suaminya untuk menari bersamanya tetapi lelaki Filipina bernama Chollo Torres itu kelihatan malu dan teragak-agak.

Namun sebaik masuk rentak korus, lelaki itu terus berubah pose dan menyusun langkah tariannya.

Aksi tidak dijangka dari pengantin lelaki tersebut membuat ramai geli hati kerana rupanya dia bukan malu kerana dia tidak pandai menari tetapi kerana dia terlalu hebat sehingga kelihatan lebih terliuk lentok dari isterinya.