Pengakuan berani mati, usahawan kosmetik dedah tak suka solat

Pengakuan berani mati, usahawan kosmetik dedah tak suka solat

Semalam, tular di media sosial apabila seorang usahawan kosmetik yang difahamkan berasal daripada Kelantan mengaku secara terang-terangan bahawa dirinya tidak suka melaksanakan ibadah solat.

Hantaran video berdurasi 27 saat itu dilaporkan ialah rakaman secara pengstriman secara langsung di aplikasi Facebook (Facebook Live).

Kata wanita itu, pilihan untuk melakukan ibadah wajib itu adalah haknya dan orang lain tidak patut mempersoalkan sama ada dia ingin melakukannya atau tidak.

“Orang (dia) nak buat apa suka hati orang la. Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nifsu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana. Aku nyembah (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyembah ke tak datang rumah aku. Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun tak reti…”

Video yang tidak dipastikan dimana dan bila ianya dirakamkan ternyata telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen dan rata-rata tampil memberi kritikan kepada wanita itu.

Susulan daripada penularan video tersebut, mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad tampil memberi sedikit peringatan dan nasihat kepada pengguna media sosial agar menapis dan membuat penilaian yang baik ke atas sebarang video yang tular.

Mufti KelantanSumber : Google  

“Perbuatan yang tidak baik, tidak seharusnya diuar-uarkan. Jadi tidak baik kalau kita berbangga atau mendedahkan perbuatan-perbuatan buruk kita.” ujar beliau kepada sebuah portal media.

Datuk Mohammad Shukri turut memberi penjelasan bahawa individu tersebut sebaiknya didekati sekiranya dia benar-benar jahil dalam Islam.

Berikutan itu, beliau memaklumkan akan meminta pihak berkuasa iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk tampil mengendalikan perkara tersebut.

“Sekiranya dia jahil, pihak penguatkuasa akan berdamping orang ini dan beri bimbingan. Kalau dia tak tahu ambil wuduk, beri bimbingan tentang cara ambil wuduk. Berdasarkan siasatan itu nanti barulah ambil tindakan yang sewajarnya. Kalau masih berulang dan sudah diberi nasihat tapi dia masih berkeras makan tindakan boleh dikenakan mengikut undang-undang..”

Manakala bagi Pencetus Ummah (PU) Amin, dia berpendapat bahawa terdapat kemungkinan usahawan itu seperti menyindiri individu-individu yang menganggap dia tidak menunaikan solat.

Sehubungan itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim turut menyarankan agar pihak berwajib untuk mendekati dan memberi bimbingan yang sewajarnya kepada wanita berkenaan.

 

SUMBER : mStar Online