Pengakuan berani mati! Bangga skandal dengan suami orang, yakin pilihan paling tepat

Pengakuan berani mati! Bangga skandal dengan suami orang, yakin pilihan paling tepat

Dalam menempuh kehidupan berumah tangga pasti pasangan suami isteri akan menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Selain masalah ekonomi keluarga, kehadiran ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga menjadi salah satu punca runtuhnya mahligai yang dibina selama ini.

Menerusi sebuah program bual bicara iaitu Borak Kelamin yang dikendalikan pengacara Awal Ashaari dan Elly Mazlein bagi episod kali ini mendapat perhatian ramai. Ianya apabila seorang gadis mengakui dan mendakwa sudah menjalin hubungan dengan suami orang sebanyak lima kali.

Pengakuan mengejutkan

Borak Kelamin merupakan sebuah program berkonsepkan perbincangan mengenai isu-isu rumah tangga termasuklah masalah dalaman suami isteri. Program tersebut telah menjemput seorang gadis yang telah mendakwa dirinya menjalin hubungan dengan suami orang sebanyak lima kali.

Tanpa penonton melihat wajah, dia telah mengaku tidak bersalah menjalin hubungan skandal dengan suami orang memandangkan lelaki-lelaki tersebut yang memulakan langkah awal terlebih dahulu.

‘Sampai saya betul-betul puas’

 

Gadis tersebut turut membuat dakwaan dan mengakui perkara tersebut akan berterusan sehingga berasa dirinya puas. Pengakuan dari gadis tersebut juga membuatkan Elly Mazlein dan Awal Ashaari kelihatan terkejut.

This is my kali kelima saya berskandal dengan suami orang. Dia yang start kot. Dia yang gatal. Kenapa saya kena rasa bersalah. Dia yang bagi saya duit. Dia yang mulakan, bukan saya. Buat masa ni saya tak terfikir nak kahwin ke. Saya mungkin akan macam ni sampai saya betul-betul puas.

‘Dengan bangga jadi orang ketiga’

Sumber: Nadjwaa NasaruddinElly Mazlein