Penduduk Kelantan kongsi rakaman kepala air ‘mengganas’ di Kuala Krai

Penduduk Kelantan kongsi rakaman kepala air ‘mengganas’ di Kuala Krai

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah pun mengeluarkan amaran hujan berterusan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) turut meramalkan kejadian banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Keadaan cuaca buruk ini berkemungkinan akan menyebabkan fenomena kepala air dan bencana banjir di negeri yang terlibat.

Malah, salah satu kawasan air terjun di Kelantan dikatakan telah pun dilanda kepala air. Berdasarkan perkongsian seorang netizen di TikTok, kira-kira jam 10 pagi tadi dia telah mula mengambil video keadaan terkini secara live.

Menerusi akaun TikTok individu bernama Mohd Adha itu, beberapa video keadaan banjir dan kepala air dilihat berlaku di Lata Berangin, Kuala Krai dan kawasan setempat.

https://vt.tiktok.com/ZSeunbmKN/

Video dikongsikannya mendapat perhatian dan ramai memberikan respon dengan mendoakan keselamatan penduduk di kawasan setempat dan berharap tiada perkara tidak diingini berlaku di sana.