Penduduk kampung cuba hidupkan mayat guna cara ritual
Penduduk di sebuah perkampungan di India mengejutkan ramai dengan ritual menghidupkan semula mayat salah seorang penduduk mereka. Di dalam rakaman itu, penduduk tempatan dilihat berusaha menghidupkan kembali Rabi Nahak yang dipercayai baru sahaja meninggal dunia.
Di dalam ritual itu, penduduk kampung mengelilingi mayat lelaki itu dan kemudian menekan dada lelaki itu dalam usaha untuk menghidupkannya kembali. Mereka juga dilihat membunyikan perkakas dan loceng sambil membaca mantera yang turut diperhatikan penduduk kampung yang lain.

Kejadian itu berlaku di kampung Odisha di India Timur baru-baru ini apabila lelaki tersebut dikatakan jatuh sakit dan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital. Selepas kematian lelaki itu diumumkan, kaum keluarganya memutuskan untuk mencuba menghidupkannya semula dengan ritual tersebut.
Mereka juga dilihat menyapu objek besar yang ditutupi kain hitam di atas badan mayat itu beberapa kali. Walaupun ritual tersebut dilakukan beberapa kali, penduduk kampung masih tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menghidupkan kembali lelaki itu.