Penduduk kampung bakar MPV didakwa bawa lembu curi

Penduduk kampung bakar MPV didakwa bawa lembu curi

 

Sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey yang dipercayai digunakan untuk curi lembu akhirnya dibakar oleh sekumpulan lelaki dipercayai penduduk kampung,

Video tersebut dikongsikan di laman Facebook Info Bencana Terengganu pada semalam.

Menurut Kosmo!, beberapa individu dipercayai telah menggunakan kereta honda tersebut untuk curi lembu di sebuah ladang kelapa sawit.

Difahamkan, tarikh sebenar kejadian tersebut dirakam tidak dinyatakan, namun ia dipercayai berlaku di satu lokasi di Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu.

Di dalam kereta Honda tersebut terdapat beberapa ekor lembu ditemui dipercayai telah dicuri sekitar kawasan tersebut.

Namun menurut laporan itu, akibat berang, kereta itu akhirnya diterbalikkan penduduk kampung sebelum mereka tekad membakarnya.

Video tersebut tular di media sosial selain turut meraih perhatian warganet. Rata-rata mereka meluahkan ulasan berbeza di ruangan komentar dalam video berkenaan.