“Penat sangat tuu…”-Gelagat kucing curi tumpuan netizen, tuannya yang risau

“Penat sangat tuu…”-Gelagat kucing curi tumpuan netizen, tuannya yang risau

Melihatkan pelbagai video si bulus atau kucing ini sudah cukup menghiburkan buat ramai. Apa tidaknya, ternyata kucing juga mempunyai bermacam-macam ragam yang melucukan.

Malah si Oyen juga antara yang popular dengan gelagat nakalnya. Tetapi pada kali ini, seekor kucing belang putih membuatkan si comel ini hangat diperkatakan oleh warga TikTok selepas videonya dikongsikan kepada umum.

Dapat didengar kerisauan yang timbul oleh tuannya kepada kucing miliknya ini yang mungkin sedang kepenatan namun pengakhiran videonya ini mendapat perhatian daripada pengguna TikTok di beberapa negara.

IMG_20211226_110722

Sehingga juga bagi rata-rata warganet yang menonton gelagat si comel itu merasa terhibur apabila perlu dikejutkan oleh tuannya kerana disangka terjadi sesuatu.

Walau bagaimanapun, tidak semena-mena selepas dikejutkan boleh pula si comel ini bangun terus tenung tuannya lalu ruangan komen meraih 12 ribu reaksi daripada warganet yang turut tercuit hati dengan kejadian ini.

@tayskello1218#cats #catsoftiktok #catlover #cats #fakedeadcat #catsleepingpositions #funnycat #funnycatsoftiktok

♬ original sound – Willybanana

 

Ternyata selepas dikongsikan beberapa hari sahaja, hantaran video terbabit meraih tumpuan warganet dengan ditonton 5.5 juta kali. Dalam pada itu, gelagat si comel itu turut meraih tumpuan pengguna TikTok dari Malaysia yang juga merasa terhibur.

“Penat sangat ni…”

KucingIMG_20211226_110758

“Dia kata suka hati aku lah…”

Kucing

“Mengantuk betul dia…”

IMG_20211226_110825

“Penghujung tho…”

IMG_20211226_110847