Penat sangat tuh sampai tertidur atas pelamin

Bagi yang belum berkahwin, melihat pasangan pengantin bersanding mungkin membuatkan anda tidak sabar untuk mendirikan rumahtangga. Tetapi hakikatnya menjadi ‘raja sehari’ bukanlah mudah seperti yang disangka kerana di akhir majlis pasti masing-masing akan keletihan melayan tetamu.

Pengalaman yang sama dikongsikan oleh wanita ini yang baru sahaja bergelar isteri. Menurutnya, sebelum ini dia begitu teruja sekali apabila melihat pasangan pengantin bersanding di atas pelamin. Bukan saja nampak cantik malah mereka juga diraikan sepanjang majlis dan dilayan bak raja.

@sofeasofea_

#fyp

♬ Salah Benar – 3 Composers & Rizky Billar

Namun selepas merasai sendiri pengalaman ini, dia mengakui ia bukanlah semudah yang disangka. Di dalam video yang dikongsikannya ini, dia dan suami sempat dirakam beberapa kali tertidur semasa majlis persandingan mereka. Oleh kerana berasa terlalu letih, kedua-dua mereka tidak dapat menahan diri dari tertidur apabila menuju ke penghujung majlis.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pengalaman yang dikongsikan wanita ini. Hakikatnya, menjadi raja sehari bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu melayan tetamu dan bergambar sehingga majlis selesai. Ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama semasa bergelar pengantin satu masa dahulu.

-HCL