Penangan pelempang si kecil bikin ramai terhibur
Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak suka memukul ibu bapa mereka. Antaranya adalah untuk meluahkan perasaan marah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran untuk menguruskan perasaan dan meluahkannya dengan cara yang lebih diterima secara sosial.
Mungkin kerana kemahiran berbahasa mereka terbatas atau dorongan perasaan menguasai diri, jadi kanak-kanak akan memukul orang lain tanpa memikirkan akibat atau cara lain untuk memenuhi keperluan mereka.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Pocahhhhh itu menunjukkan lelaki tersebut terkejut dan memegang mukanya selepas dipukul kanak-kanak itu walaupun pukulan anaknya tidak begitu kuat.
Kanak-kanak tersebut kemudian mengulangi tindakan itu sebelum ditolak oleh bapanya yang terhibur dengan keberaniannya itu sehingga budak berkenaan terjatuh.
Masih tidak ingin mengalah, kanak-kanak itu bangun dan memukul bapanya di kepala sebelum melempang lelaki tersebut dengan kuat sehingga dia memegang pipinya yang sakit.
Gelagat kedua beranak itu ternyata membuat ramai yang geli hati. -HCL
He ain’t have to slap him like that😭 pic.twitter.com/M9pAxjdFxk
— ℑ𝔤: @_𝔦𝔞𝔪𝔭𝔬𝔠𝔞𝔥 ➐ (@Pocahhhhh) March 28, 2021