Penampilan menawan isteri Yonnyboii jadi perhatian

Penampilan menawan isteri Yonnyboii jadi perhatian

Isteri kepada penyanyi, Yonnyboii iaitu Nik Nazira menjadi tumpuan ramai apabila muncul dengan imej baru ketika menghadiri majlis karpet merah Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

Terdahulu, Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata dia berharap agar peminat tidak terkejut jika ada terserempak dengan isterinya dalam keadaan tidak bertudung.

Namun, apa yang menjadi tumpuan orang ramai adalah apabila Nik Nazira tampil tidak bertudung secara public buat kali pertama pada malam majlis berprestij tersebut.

Malah, isteri kepada penyanyi lagu Salahku itu turut memuat naik hantaran gambar dengan imej barunya itu di laman Instagram miliknya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perubahan imejnya dan mengatakan bahawa dia lebih cantik apabila bertudung.

@tv3malaysia

🥺🥺🥺 #AJL36

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

“Orang lepas kahwin selalu makin hensem kemas sebab ada org jaga. Tapi ni..,” tulis seorang pengguna TikTok.

“lagi cantik pakai tudung . kbye,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.