Penampilan dibandingkan, peminat dakwa Fazura tiru stail Neelofa

Penampilan dibandingkan, peminat dakwa Fazura tiru stail Neelofa

Kisah antara selebriti popular, Neelofa dan Fazura berselang-seli di media sosial. Kedua-duanya mempunyai peminat tersendiri, sehingga kadang kala mencetuskan perdebatan luar biasa.

Terbaru, memetik laporan Cari Forum, tular satu video TikTok apabila terdapat peminat mendakwa Fazura meniru gaya fesyen Neelofa.

Menerusi akaun @butterpeanut, video itu memaparkan beberapa foto perbandingan fesyen Fazura yang kini sudah berhijab dengan Neelofa sebelum mengenakan niqab.

“Neelofa queen” – @butterpeanut

 

 

 

Video berdurasi 17 saat itu turut meletakkan kapsyen ‘Fazura copycat Neelofa style’ (Fazura meniru fesyen Neelofa) sehingga menerima hampir 400 komen netizen.

Berdasarkan reaksi netizen, rata-rata mengakui Neelofa sememangnya ‘ikon’ dalam berfesyen selain mempunyai aura tersendiri apabila menggayakan sesuatu penampilan.

Neelofa tetap nombor satu!

Neelofa tetap idola

Suka perjalanan hidup Neelofa

Dari dulu lagi Neelofa ‘fashionable’

Neelofa kan ikon fesyen…

Lebih suka penampilan Neelofa

Neelofa ada ‘class’ tersendiri

Payah juga kalau asyik dibandingkan, padahal kedua-dua selebriti itu mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan fesyen mereka. Tak gitu?

Sumber: Cari Forum