Pemuda tunjuk ragam pelanggan ketika bayar guna kad, “Hahaha betul!”

Pemuda tunjuk ragam pelanggan ketika bayar guna kad, “Hahaha betul!”

Ragam manusia pastinya tidak sama. Dalam dunia ini pelbagai karenah dan ragam manusia tidak kira peringkat usia. Kanak-kanak lain perangainya, yang dewasa pula lain ceritanya. Namun baru-baru ini seorang lelaki berkongsikan beberapa perangai pelanggan masa bayar di kaunter pembayaran.

Dalam rakaman tersebut, pemuda ini melakonkan semula beberapa ragam pelanggan ketika bayar guna kad di kaunter bayaran selepas membeli-belah. Dalam ragam yang pertama, lelaki ini tunjukkan pelanggan yang berpandangan jauh. Maksud yang cuba disampaikan ini adalah pelanggan yang sejenis juruwang suruh wave kad di mesin tapi lain pula yang dibuatnya.

Dalam situasi kedua adalah kluster kayangan yang mana pelanggan memiliki banyak kad dan tak tahu mahu gunakan mana satu. Beberapa situasi ragam pelanggan ketika bayar kad bolehlah korang tengok dalam video penuh yang dikongsikan ini:

@rusydi.official

♬ original sound – Rusydi Rosli – Rusydi Rosli

 

Macam-macam karenah ya! Perkongsian pemuda tunjuk ragam pelanggan ketika bayar kad ini telah membuatkan ramai pula yang akui pernah lalui perkara tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“No 5 dan yang paling last biasa sangat berlaku”

Ragam Pelanggan Bayar Pakai Kad 3

“Saya selalu jumpa part TopUp ewallet tu…Geram je”

Ragam Pelanggan Bayar Pakai Kad 2

“1 lagi cucuk kad masuk pin masih tengah proses terus cabut kad laju2”

Ragam Pelanggan Bayar Pakai Kad 1