Pemuda menangis kucing mati, rupanya ‘Paktam’ dah bagi ‘hint’, masuk semua bilik buat kali terakhir
Bagi sesetengah individu, kucing bukan sekadar haiwan peliharaan mereka malah sudah dianggap seperti ‘ahli keluarga’ sendiri. Hanya pecinta kucing sahaja yang tahu betapa peritnya kehilangan kucing yang mereka sayangi.
Paktam termakan racun, badan jadi lemah dan lidah terkeluar
Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki yang dilihat tidak dapat menahan sebak apabila kucingnya yang diberi nama Paktam mati akibat termakan racun tikus.
Video berkenaan telah dikongsikan oleh kakaknya sendiri iaitu Wan Nur Aqilah Shahirah di Instagram, memaparkan adiknya itu menangis kerana tidak dapat menahan sebak apabila melihat kucing berkenaan sudah terbaring dah tidak memberi apa-apa respon.
Aqilah yang dihubungi OHBULAN berkata, sehari sebelum Paktam termakan racun, Paktam pergi ke biliknya untuk tidur bersama dan sempat memasuki semua bilik ibu bapa dan adiknya seakan petanda bakal meninggalkan mereka.
Sehari sebelum tu okay je. Dia masuk bilik lepas tu pandang saya. Saya ingatkan saya yang nak ‘pergi’ sebab demam masa tu. Lepas tu dia masuk bilik mak, bilik adik.
Walau bagaimanapun, pagi berkenaan ibunya memberitahu bahawa Paktam sudah lemah dan lidahnya terkeluar seperti sesak nafas. Ibunya terperasan ayam yang diletakkan racun bagi membunuh tikus telah dicuri dan dipercayai bahawa kucingnya telah termakan ayam berkenan.
‘rasa macam ada harapan untuk diselamatkan tapi ajal dia sampai dulu’
Tanpa membuang masa dia bersama adiknya bergegas ke klinik haiwan berdekatan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Namun, ajal Paktam tidak panjang, doktor yang mahu merawat Paktam telah mengesahkan bahawa Paktam telah mati sebelum mendapatkan rawatan.
Masa dalam kereta kucing tu memang hidup siap boleh bangun macam sawan kejap-kejap. Dah sampai klinik, doktor kata tu sawan biasa je.
Katanya lagi, pihak klinik berkenaan mengatakan bahawa kucingnya dikatakan hanya terkena sawan dan jika rawatan selesai boleh ambil kucing berkenaan kembali. Namun, tiba-tiba Aqilah dipanggil kerana kucingnya itu tidak dapat diselamatkan oleh doktor.
Dia jadi lagi sedih sebab rasa macam ada harapan untuk diselamatkan sebab sempat sampai klinik tapi bila kita dah ikhtiar, ajal dia sampai dulu nak buat macam mana.
Kucing berkenaan merupakan anak kepada kucing yang Aqilah ambil ketika dia sedang belajar Diploma di UiTM Rembau dan menjaganya sehingga Paktam dan adiknya Oyen dilahirkan.
‘A last goodbye to out cat, PakTam’
Sumber : qilaistheone