Pemuda haus minta air tapi tak bawa duit, makcik jual air terus sedekah segelas

Pemuda haus minta air tapi tak bawa duit, makcik jual air terus sedekah segelas

Dalam era pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan dek kerana pelbagai prosedur operasi standard (SOP) serta perintah kawalan pergerakan (PKP) yang perlu dipatuhi.

Baru-baru ini, tular sebuah video memperlihatkan seorang makcik sedang berniaga di tepi jalan didatangi oleh seorang pemuda yang meminta segelas air kerana kehausan.

Dalam pada itu, pemuda tersebut turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat membayar air tersebut kerana dompetnya tertinggal.

Biarpun setelah mendengar kenyataan pemuda, makcik itu tidak kisah malah dia terus menyediakan segelas air untuk memberikan kepada pemuda terbabit.

Diri sendiri struggle tapi masih boleh bersedekah

@hanifasyraf1

Sedekah ketika sempit (miskin) sebaik-baik perbuatan ❤️ #sedekah #malaysia #indonesia

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf – Hanif Asyraf

Menurut pemuda berkenaan, dia melihat pakaian makcik itu sudah koyak di sana-sini dan sudah tentu sahaja perniagaannya juga terjejas di saat pandemik ini.

Bagaimanapun, dia sedikit pun tidak lokek untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan insan yang memerlukan.

Difahamkan lagi, video itu hanyalah sekadar lakonan dan di pengakhirannya pemuda itu membayar air tersebut serta memberikan hadiah telekung kepada makcik berhati mulia terbabit.

@hanifasyraf1

GEMBIRA JE MAKCIK NI LEPAS KENA PRANK 🤪 InsyaAllah nti kita dtg pulak kt mkcik ni , kita update dkt Youtube👏🏻

♬ original sound – Melisa Hartanto – Melisa Hart

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak menyaksikan perkongsian berkenaan. Dalam pada itu, mereka mendoakan agar makcik itu dimurahkan rezeki.

Menangis tengok video ni

Semoga dimurahkan rezeki selalu

Orang kaya sebenar

Makcik berjiwa besar

Sumber: TikTok @hanifasyraf1