Peminta sedekah garang paksa hulur wang, marah jika tidak diberi wang

Peminta sedekah garang paksa hulur wang, marah jika tidak diberi wang

Sering kali kita menjamah juadah di premis , sudah pasti pernah melihat golongan peminta sedekah yang hadir ke setiap meja. Situasi tersebut sudah pasti menimbulkan rasa simpati ramai untuk menghulurkan bantuan. Namun, terdapat juga segelintir daripada mereka yang menggunakan ‘platform‘ ini untuk mendapatkan wang dengan cara berlakon seakan-akan susah serta kurang upaya.

Mintak sedekah tak salah…tapi kalau orang tak bagi tu, takyahlah marah

Sama juga seperti kisah dikongsikan oleh abangkeladi di laman TikTok mengenai seorang wanita warga emas yang sering dilihat meminta sedekah di gerai makan. Namun, apa yang menjadi perhatian ialah sikap mak cik berkenaan dikatakan sering memarahi serta mengherdik orang ramai apabila dirinya gagal dapatkan wang.

Tular Peminta Sedekah Agresif Paksa Orang Hulur Wang, Siap Marah Kalau Enggan?

Hati-hatilah korang…bukan nak biadap, tapi kalau dah kena marah siapa je yang suka kan?

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut menitipkan nasihat kepada netizen agar lebih berhati-hati apabila bertemu dengan mak cik berkenaan. Menurutnya, asbab dia berkongsikan video itu bukanlah semata-mata hendak membuka aib tetapi hanya ingin meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sikap wanita tersebut yang dikira sangat melampau.

 

@abangkeladi

mintak sedekah tak salah, tapi kalau orang tak bagi tu, takyahla marah 🥺 #fyp #bandarsripermaisuri #viral #xyzbca #foryou #justinbieber #sedekah

♬ EH BANGSAT NI TAK NAMPAK AKU KE AKU NI TUNGGUL KE – Syahmi Hisham

Baru je kena semalam kat dobi…dia minta duit, saya bagi la sikit pastu boleh dia cakap tak cukup

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen berkongsikan pengalaman sama yang mana mereka turut dimarahi apabila tidak memberikan wang. Selain itu, ada juga mendakwa wanita berkenaan sudah merantau ke beberapa kawasan dan aktif dalam kegiatan tersebut.

Tular Peminta Sedekah Agresif Paksa Orang Hulur Wang, Siap Marah Kalau Enggan?Tular Peminta Sedekah Agresif Paksa Orang Hulur Wang, Siap Marah Kalau Enggan?

Tular Peminta Sedekah Agresif Paksa Orang Hulur Wang, Siap Marah Kalau Enggan?

Tular Peminta Sedekah Agresif Paksa Orang Hulur Wang, Siap Marah Kalau Enggan?