Peminat kecewa Neelofa tak hargai terima ‘gift’ Tiktok ‘i tak kisah pun’
Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menjadi bualan netizen apabila dia tidak menghiraukan pemberian hadiah daripada peminatnya mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.
@partnernunha Founder & HQ mmg takkan ada rasa nk menghargai reseller. Kami dah cuba sehabis baik selama ni untuk buat sales dan backup HQ habis2an. Tapi apabila ada teguran HQ mmg takkan layan. Sampai bila HQ nk mendabik dada? Alangkan follower bagi gift pun tak dihargai. Ini kan reseller yg dah lepas ambik stock lepastu banyak mengadu dgn HQ pasal masalah2 dkt luar sana. Lagi la tak peduli. #neelofa #innainunha #innaineelofa #innainunhashahalam #innainunhakualalumpur #fyp #fypシ #fy #fypシ゚viral #fypage
Ketika leka meluahkan rasa yang dialaminya, salah seorang pengikutnya telah memberi hadiah Swan namun, tidak diendahkan oleh selebriti kelahiran Kelantan itu sebelum ditegur oleh suaminya sebanyak dua kali untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat tersebut.
Tak hargai ke hadiah daripada peminat tu?
Susulan itu, respon yang ditunjukkan oleh Neelofa telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan menyifatkan dia tidak menghargai pemberian hadiah daripada peminat.
Nak keluarkan skincare pulak?
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mempertikaikan keputusan Neelofa untuk melancarkan produk kecantikan dibawah syarikatnya meskipun dia sebelum ini pernah dikatakan ‘tikam belakang’ para stokis dan ejen inai Nunha keluarannya.
Sumber: TikTok @partnernunha