Peminat hairan Mawar Rashid tiba-tiba ‘hilang’ di IG, rupa-rupanya….

Peminat hairan Mawar Rashid tiba-tiba ‘hilang’ di IG, rupa-rupanya….

Setelah hampir dua minggu mendiamkan diri daripada media sosial, pelakon Mawar Rashid dan suami, Raff Yaakob mendedahkan bahawa mereka sekeluarga sebenarnya telah dijangkiti virus COVID-19.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid,26, berkata bahawa mereka sekeluarga telah pun bebas daripada virus itu setelah dua minggu menjalani kuarantin di rumah.

Ujarnya lagi, peristiwa dijangkiti virus tersebut merupakan perkara yang tidak dijangka-jangka dan mula dikenal pasti setelah suaminya jatuh sakit dan tak boleh bangun.

 

“Demam panas teruk, sakit dada, Raff buat test dan disahkan positif COVID-19..” kata Mawar.

Perkara tersebut turut dikongsikan pasangan ini menerusi sebuah hantaran di Instagram milik Mawar, semalam.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat meluahkan rasa lega setelah ‘kehilangan’ Mawar dari media sosial Instagram it yang telah menimbulkan tanda tanya dalam tempoh berkenaan telah pun terjawab.

“Apabila ditanya saya memang tak tahu di mana kena, kemungkinan besar dekat groceries, sebab Raff keluar beli barang je. Seminggu selepas saya positif, kedai tu ditutup sebab 15 orang disahkan positif. Jadi mungkin kena dekat groceries.”

Jelas Mawar lagi, selain dirinya dan suami, ketiga-tiga anak mereka iaitu Raden Ahmad Rayyan, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta turut dijangkiti wabak tersebut.