Peminat buat Aafiyah tak selesa, rakam Siti Nurhaliza keluarkan duit di ATM undang kecaman netizen

Sejak semalam tular di media sosial yang dimuat naik seorang pengguna TikTok memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di mesin ATM.
Video tersebut mengundang kecaman ramai apatah lagi tindakan individu yang merakam video tersebut seolah mengganggu privasi Siti Nurhaliza yang sedang mengeluarkan duit.
Invading privacy of someone especially with a small kid while withdrawing money from the ATM is not cool.
Please report this TikTok account👇🏻https://t.co/6uZVtZ92Li pic.twitter.com/hjcA3IgIh9
— Don’t read my pinned tweet (@heize80) April 10, 2022
Meskipun ramai yang memuji penampilan penyanyi itu yang ‘cool’ memakai telekung namun tindakan merakam video secara sesuka hati adalah tidak patut.
Lebih menjadi perhatian, anak kepada penyanyi itu iaitu Aafiyah dilihat sedikit takut apabila menyorok di belakang ibunya ketika dihampiri peminat berkenaan.
Perkonggsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan individu tersebut. Kata netizen lagi, boleh sahaja menunggu sebentar bagi membolehkan Siti Nurhaliza melakukan urusannya terlebih dahulu.