Pemimpin Umno anggap Muhyiddin alami kekalahan moral
Veteran Umno, Datuk Shahrir Samad menyifatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin mengalami kekalahan moral apabila usul kebinet beliau untuk mengistiharkan darurat ditolak oleh Yang Dipertuan Agong.
“Apa nak jadi kepada negara kita apabila kerajaan dipimpin olih seorang Perdana Menteri yang “nasihat”nya kepada Ketua Negara ditolak.
“Walaupun ditemani oleh menteri-menteri kanan, IGP dan Ketua Angkatan Tentera, masih Ketua Negara tidak dapat diyakini.
“TS Muhyidin mengalami kekalahan moral.
“Yang DiPertuan Agong lebih bijaksana!” tulis Shahrir menerusi facebook beliau.
Shahrir mengulas keputusan Yang Dipertuan Agong menolak permohonan Kabinet Muhyiddin yang memohon secara rasmi agar Baginda mengistiharkan darurat untuk negara.
Keputusan itu dibuat Baginda selepas bermesyuarat dengan Majlis Raja-raja di Istana Negara hari ini.
Sumber: malaysiadateline