Pemilik pura-pura tak nampak, reaksi anjingnya pula raih perhatian ramai

Pemilik pura-pura tak nampak, reaksi anjingnya pula raih perhatian ramai

Bagi yang memiliki haiwan peliharaan di rumah, kadang kala mengusik mereka ini boleh menjadi satu hiburan di rumah lagi-lagi melihat reaksi tidak dijangka ini. Sama macam gelagat seekor anjing ini yang meraih perhatian ramai apabila dirinya dikenakan prank oleh pemiliknya.

Pemiliknya itu telah berpura-pura tidak dapat melihat anjingnya itu membuatkan anjing itu keliru dan bingung dengan apa yang berlaku. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari dua juta tontonan setakat ini.

@lydialaveniaf

dia pikir kalo noel bakal bisa keliatan lagi kaya dulu pertama diprank 😭 #prank

♬ suara asli – l y l y ❄️ – lyly🧚🏻‍♀️

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu melakukan satu prank di mana kononnya dia tidak dapat melihat anjing yang berada di hadapannya itu. Malah wanita itu siap memanggil nama anjingnya itu sambil mencarinya di dalam bilik.

Melihatkan pada gelagat pemiliknya itu, anjing tersebut kemudian mula memberikan reaksi sebaik sahaja namanya dipanggil. Apabila melihat pemiliknya seolah-olah tidak dapat melihatnya, anjing itu turut kelihatan panik dan menyahut panggilan pemiliknya itu.

prank

Lebih mencuit hati, anjing itu kemudian menarik tangan pemiliknya itu yang masih berpura-pura tidak dapat melihatnya. Pada akhirnya, wanita itu kemudian menamatkan prank itu dan kembali mengambil anjingnya itu sambil mendukungnya.

Di ruangan komen, netizen turut sama tersentuh melihat reaksi anjing itu yang sedih apabila pemiliknya tidak dapat melihatnya. Ada juga yang berseloroh mahu melakukan prank yang sama pada haiwan peliharaan mereka namun bimbang tidak akan mendapat reaksi yang sama.

“Comel tapi kesian.”

pura-pura tak

“Pernah pura-pura pengsan depan kucing malah ditinggal pergi gitu aja…”

anjing

“Tidak berlaku pada kucingku yang datang saat lapar…”

komen

“Mau bikin tapi kucing saya sombong.”

tik tok