Pemilik kucing tidur berdengkur, reaksi kucing pula bikin berdekah

Pemilik kucing tidur berdengkur, reaksi kucing pula bikin berdekah

Bagi pemilik kucing, gelagat kucing di rumah ada kalanya menjadi penghibur anda setiap hari. Sama seperti yang dikongsikan ini apabila reaksi si kucing semasa mendengar pemiliknya berdengkur menarik perhatian ramai.

Bagi sesetengah orang, tidur berdengkur adalah sesuatu yang biasa dialami mereka. Namun bagi kucing ini, bunyi berdengkur itu adalah sesuatu yang sangat menakutkan!

@victoriabonya

🤣🤣🤣 #котихрап #рек

♬ original sound – Victoria Bonya

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang juga pemilik kucing itu yang sedang tidur di atas sofa tersebut. Dia juga kedengaran berdengkur dengan kuat sekali sehingga menarik perhatian kucingnya.

Lebih mencuit hati, kucing tersebut yang mendengar bunyi berdengkur itu kelihatan tidak senang duduk dibuatnya. Dia juga berlari ke sana sini dan sesekali menghampiri pemilik kucing yang nyenyak tidur itu.

tidur

Reaksi kucing ini turut mencuit hati ramai sehinggakan video tersebut menerima lebih dua juta tontonan setakat ini. Ada yang menyangka kucing tersebut mahu menyerang lelaki yang sedang nyenyak tidur itu gara-gara bunyi berdengkur itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur dengan gelagat kucing ini. Ada yang berseloroh mungkin kucing itu berasa takut namun tidak sampai hati mahu menyerang lelaki itu.

“Punyalah tunggu kucing tu nak serang dia…”

pemilik kucing

“Kucing tu macam ei ei ei menate ni aku patuk jugok.”

berdengkur

“Ini yang dinamakan musuh tanpa wujud.”

kucing

“Nak terkam tapi terhidu bau nafas lalu dia mundur.”

tik tok