Pemilik Kedai Tampar Rider Makanan, ape kes ni?
Banyak perkongsian yang diperoleh menerusi kisah-kisah rider makanan. Sudah pasti terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui menjadi seorang rider makanan seperti ragam pelanggan, keselamatan di jalan raya termasuklah ragam dan sikap pemilik kedai itu tersendiri.
Seperti yang sedia maklum, rider makanan kebanyakannya ingin ‘kejar masa’ untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Apabila waktu kemuncak, sudah pasti order yang masuk akan bertambah kerana pelanggan hanya akan memilih untuk order secara online untuk elak kesesakan jalan raya.
Walaupun pesanan makanan yang masuk banyak di premis makanan bukan bererti ‘lesen’ untuk pemilik kedai membuat sewenang-wenang kepada rider makanan. Hal ini berhubung dengan satu kejadian yang dikongsi melalui group Facebook Warga Kota Damansara yang menunjukkan seorang pemilik kedai bertindak menampar rider makanan.
Menerusi satu komen di Facebook, ada individu mengatakan ini punca sebenar pertelingkahan itu berlaku
Akibat daripada itu, tindakan lelaki yang dipercayai pemilik kedai itu mengundang kecaman yang hebat daripada warganet kerana sikapnya itu.
Walaupun ditampar di hadapan orang ramai, rider berkenaan memilih untuk diam serta sabar dan tidak membalas perbuatan pemilik kedai berkenaan.
Kredit : Facebook Warga Kota Damansara