Pembunuh dilapor menyamar jadi petugas kesihatan, didakwa palsukan identiti mangsa sebagai pesakit COVID-19 untuk dibakar

Pembunuh dilapor menyamar jadi petugas kesihatan, didakwa palsukan identiti mangsa sebagai pesakit COVID-19 untuk dibakar

INDIA- Lima pembunuh di India dilaporkan menyamar sebagai petugas kesihatan dan menyeludup seorang mayat sebagai pesakit COVID-19.

Today Online melaporkan bahawa mangsa yang tidak didedahkan nama mempunyai hutang sebanyak empat juta rupee (RM2 juta).

Polis mendedahkan bahawa mangsa dibawa ke sebuah upacara oleh mereka dan membunuhnya. Tambahnya, polis mendakwa para pelaku membunuh mangsa dengan mencekiknya.

Kemudiannya, mereka menyamar sebagai petugas kesihatan dengan memakai PPE agar tidak dicurigai.

Menurut Kompas.com, mereka turut mendaftarkan mangsa sebagai pesakit COVID-19.

Namun, mereka ditangkap apabila informasi keberadaan mereka terbongkar, lapor World of Buzz.

“Kesemua pelaku mengakui jenayah mereka,” lapor Ketua Polis, Muniraj G.

Sumber: Kompas.com