Pembantu rumah lari berjaya ditangkap, Kakak Aliff Syukri dedah suspek sempat belanja boyfriend iPhone

Pembantu rumah lari berjaya ditangkap, Kakak Aliff Syukri dedah suspek sempat belanja boyfriend iPhone

Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman meluahkan rasa syukur apabila pembantu rumah ibu mentuanya yang dipercayai melarikan diri bersama barangan kemas besannya bernilai RM300,000 telah berjaya ditangkap dengan hasil bantuan kenalan terdekat dan pihak polis.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Hayati menerusi laman TikToknya yang mendedahkan sebenarnya nilai barangan yang dilarikan oleh pembantu rumah ibu mentuanya itu tidak mencecah sehingga RM300,000.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati suspek tidak dapat mengambil kesemua barang yang berharga disebabkan terlalu tergesa-gesa dan pada hari kejadian, pembantu rumah mak mentuanya itu sempat mengadaikan beberapa item.

Jelas Hayati lagi, pembantu rumah mak mentuanya itu turut membelikan kekasihnya telefon bimbit dan telah merancang perkara tersebut sudah lama lagi.

“Alhamdulilah doa orang ramai, hasil bantuan kenalan terdekat dan pihak polis yang cekap akhirnya semuanya selesai malam tadi.
“Saya sendiri mengejar suspek sampai ke Puchong hingga jam 3.00pg. Kes selesai dan suspek kini di tahan bersama pihak polis. Bukan semua orang yang datang bekerja ke Malaysia itu niatnya tak elok. Saya juga ada orang yang bantu,” ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, Hayati berharap kejadian ini dapat memberikan pengajaran kepada semua orang untuk lebih berhati-hati selepas ini dan menitipkan pesanan buat wanita di luar sana supaya tidak mudah untuk mempercayai lelaki.

“Semoga menjadi pengajaran termasuk diri saya sendiri. Kekal dengan cita-cita dan fokus apa yang ingin diusahakan dalam hidup.
“Jangan ambil hak orang. Jangan ganggu dengan orang keliling. Kesudahannya pasti makan diri kalau tersasar. Untuk orang perempuan, jangan kelabu mata dan hati-hati dengan ayat manis lelaki yang baru dikenali. Jaga maruah diri,” katanya.

 

 

Sumber: TikTok @Noor Hayati Kamarzaman