Pemandu terkejut, pengsan selepas jumpa mayat dalam kontena

Pemandu terkejut, pengsan selepas jumpa mayat dalam kontena

Seorang lelaki dilaporkan pengsan selepas terkejut apabila menemui mayat dalam lori kontena yang dipandunya di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), semalam.

Mayat lelaki yang dijumpai tersebut dipercayai sudah lebih seminggu memandangkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berair.

Menurut laporan MalaysiaGazette, kejadian dikatakan berlaku pada jam 4.15 petang dan pemandu terbabit hanya menyedari kewujudan mayat itu ketika dia melalui pos pemeriksaan kastam untuk keluar dari NBCT.

Pemandu walau bagaimanapun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan awal oleh pihak ambulan NBCT. Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette mendapati polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat dalam kontena ketika ini.

Sumber: MalaysiaGazette