Pemandu maut, lori rempuh kotena jatuh atas lebuh raya

Pemandu maut, lori rempuh kotena jatuh atas lebuh raya

Seorang lelaki berusia 36 tahun maut dalam satu kemalangan membabitkan dua lori kontena di Kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Banting, malam tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kemalangan itu, pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP (Andalas) segera ke lokasi.

“Siasatan mendapati, kemalangan membabitkan dua lori kontena itu berlaku kira-kira jam 11.34 malam.

“Kejadian berlaku apabila kontena dari lori pertama terjatuh dan merentangi jalan lalu dilanggar lori kontena kedua yang datang dari arah bertentangan.