Pemandu dirakam belasah isteri hingga bergoyang kereta

Pemandu dirakam belasah isteri hingga bergoyang kereta

 

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, satu hantaran video oleh seorang pengguna memaparkan tindakan seorang pemandu telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat orang ramai sedang berpusu-pusu ke tempat kerja pada pukul 8 pagi namun seorang pemandu dilihat memukul isterinya di dalam kereta.

Malah, pemandu itu turut dilihat kerap menekan brek setiap kali dia memukul isteri dan memandu secara terhuyung-hayang.

Main sep-sep ke tu?

Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 307.4K tontonan, 19.9K tanda suka, dan 817 komen di laman TikTok.

@abahmj

Main sep sep ke tu? 🤷🏻‍♂️ #fyp #fypシ゚viral #respectwomen

♬ original sound – VIRTUE

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan wanita itu.

Tu baru dalam kereta, dekat rumah wallahualam – netizen.

Pernah dalam situasi macam ni sebab terlambat siap je pun kena marah. Girls, please choose man wisely,” tulis seorang pengguna TikTok.