Pemandu dari negara jiran kencing merata terima kecaman netizen

Pemandu dari negara jiran kencing merata terima kecaman netizen

Sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lalu, pelbagai cerita mengenai tindakan segelintir rakyat negara jiran yang kurang disenangi oleh penduduk tempatan.

Jika sebelum ini kecoh mengenai rakyat asing yang mengisi minyak RON95 di beberapa buah stesen minyak di Malaysia, namun terbaharu, tular rakaman seorang pemandu kereta jenis BMW sedang leka membuang air kecil di hadapan sebuah kedai di Johor.

Menerusi perkongsian Mak Cik Kiah di Facebook, dapat dilihat kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran asing sekali gus menjadikan rakyat Malaysia semakin geram dengan sikap mereka yang tidak menghormati negara lain.

Lebih menjijikan, aksi pemandu berkenaan yang sedang membuang air kecil sambil menari-menari sempat dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di salah sebuah kedai berhampiran.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai telah meninggalkan komen mengecam tindakan lelaki terbabit kerana langsung tidak mempunyai adab.

“Mohon pihak polis di Johor mempergiatkan operasi, habis semua masalah, bala, perangai buruk dari rakyat negara jiran bawa ke Malaysia,” ujar Mohd. Nazmi.

Sementara itu, terdapat juga rakyat negara itu meninggalkan komen pada video tersebut dan meluahkan rasa malu dengan tindakan pemandu tersebut.

“Orang kita tak macam ini, ini jenis manusia tiada adab, memalukan negara sahaja,” kata Mariah.