Pemandu cemas kereta rempuh ‘pak belang’

Pemandu cemas kereta rempuh ‘pak belang’

 

 

 

 

 

 

 

Tular di media sosial sejak semalam satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi Fareez Azman di Facebook memaparkan seekor harimau secara tiba-tiba melintas jalan sehingga berlakunya kemalangan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, dimaklumkan kejadian berlaku di Jalan Tok Bok, Selising, Kelantan kira-kira pukul 7.44 malam kelmarin.

“Selalu korang tengok kereta langgar lembu sahaja, kali ini Pak Belang kena hentam dengan kereta,” tulisnya.

Sementara itu, keadaan laluan tersebut dilihat agak gelap tanpa sebarang lampu jalan menjadikan pandangan pemandu kenderaan yang melaluinya agak terhad.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan ada juga berseloroh dengan meninggalkan kata-kata lawak berhubung insiden tersebut.

“‘Presiden’ Maybank lari, duit tukar untuk Raya Haji dah habis,” kata Muzakir.

“Ini mesti kes tertinggal bas, kelam-kabut harimau itu lari, sakit juga badan dia kena langgar, harap pemandu dan harimau selamat,” ujar Atikah Said.