Pemandu bergaduh dengan navigasi suara undang lucu, “Tiberr janda yg salah…”

Pada zaman sekarang ramai yang berharapkan kepada sistem navigasi dengan suara seperti Waze atau Google Map untuk membawa kita ke destinasi melalui jalan yang betul agar tidak tersesat.
Namun lain pula yang berlaku apabila seorang lelaki ini enggan mengikut arah yang diberikan sehingga dia bergaduh dengan robot navigasi suaranya.
Dalam video TikTok yang dikongsikan semula ke Twitter seorang lelaki yang sedang memandu diarahkan untuk membelok kiri oleh navigasi suara yang dipasangnya.
Belok kanan bodoh 😭😂 pic.twitter.com/SX7pdDUBzB
— keem (@AkeemSharyzal) August 10, 2021
Namun lelaki itu membelok kiri membuat navigasi suara itu memanggilnya ‘bodoh’ kerana tidak mengikut arah sehingga dia akhirnya sudah salah jalan.
Lelaki itu kemudian bertanya kepada navigasi suaranya itu ke mana robot tersebut ingin membawanya dengan membelok ke kanan kerana dia ingin pergi memancing.
Namun robot navigasi itu menjawab bahawa dia akan melaporkan perkara itu kepada bos lelaki berkenaan membuat lelaki itu marah.
Malah robot navigasi itu juga menunduh pemandu itu bahawa dia ingin pergi berjumpa janda membuat lelaki tersebut semakin sakit hati.
Perbualan antara pemandu dengan robot navigasi itu membuat netizen pecah perut kerana geli hati mendengar mereka saling maki memaki.
“waze dah mengamuk…”
waze dah mengamuk 🤣🤣 https://t.co/0YecuEKztt
— Idham Mohamaddun (@dehamvajk) August 10, 2021
Part 'pasti mau jumpa janda' tu apak crack siak. Hahahahahaha taguna betholllll https://t.co/Snw3a9jMpG
— G (@JijieBs) August 10, 2021
“Tiberr janda yg salah…”
Tiberr janda yg salah 😂😂 https://t.co/JvhCGc3dLS
— 'Ain (@_ainraz) August 10, 2021
“Pishang sgt ke ni bang…”
Pishang sgt ke ni bang, pkp ni sampai gaduh dgn waze😂😂 https://t.co/4AXSK3VNc8
— Ain Nasuha🏴 (@AinNasuha1404) August 10, 2021
“tengah driving sorang2 pastu ada yg melayan…”
Kan bagus tengah driving sorang2 pastu ada yg melayan macam nii.. xde la sendu. 😂 https://t.co/q8Zuv3LLYd
— アイナ 🏳️ (@aeeenea) August 10, 2021