Pemandangan pagi di gunung ini buat ramai tergamam, “Cantiknya…”

Pemandangan pagi di gunung ini buat ramai tergamam, “Cantiknya…”

Dalam kita tidak sedar, sudah setahun lebih kita menghadapi pandemik ini yang membuatkan ramai terpaksa duduk di rumah. Selepas sekian lama tidak bercuti, pastinya ramai yang rindu untuk menikmati pemandangan indah semasa bercuti.

Baru-baru ini, perkongsian individu ini tentang pemandangan indah di Gunung Kinabalu ini berjaya menarik perhatian ramai. Pemandangan yang sangat cantik dan indah ini membuatkan rata-rata netizen turut tergamam melihatnya.

@kanawahonimbulaio_o

good morning yang dibawah..😍sia balnja kamu view awal pagi d gunung ..😍#sabahancrew_fams #fypシ #mountkinabalu

♬ semangat ngontennya – dollar kuning

Menerusi video yang dikongsikan ini, individu ini berkongsikan pemandangan pagi di Gunung Kinabalu itu. Sebaik saja pintu dibuka, dapat dilihat pemandangan indah di mana awan di atas gunung yang cukup memukau.

Bukan saja dapat melihat pemandangan awan yang jelas, malah ianya juga kelihatan seperti berada di dunia yang berbeza dari yang biasa dilihat.

gunung kinabalu

Netizen juga turut sama teruja melihat pemandangan yang dikongsikan dari Gunung Kinabalu ini. Sehinggakan ramai yang rindu untuk pergi bercuti selepas sekian lama terperap di dalam rumah.

Di ruangan komen, pemandangan indah ini turut memukau netizen yang menonton. Ada juga yang berseloroh mungkin ini adalah definisi sebenar kerajaan langit seperti yang selalu diperkatakan.

“Cantiknya view…”

pemandangan pagi

“The real kerajaan langit.”

pemandangan

“Asal aku baru tahu Malaysia ada pemandangan paling cantik macam ni.”

komen

“Mak ai kalau macam ni tak payah ada phone pun takpe…”

tik tok

 

COMMENTS