Pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka tidak diwajibkan bermula 1 Mei – Khairy

Pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka tidak diwajibkan bermula 1 Mei – Khairy

 

Pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan jika berada di dalam bangunan (Indoor).

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka pula adalah atas pilihan.

Namun, orang ramai tetap digalakkan untuk memakai pelitup muka kerana ia mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Beliau mengumumkan mengenai kelonggaran tersebut dalam sidang media petang ini.

Maklumat lanjut akan menyusul.