Pelawak berpakaian kostum Superman cuba hentikan bas guna tangan
Mungkin ada di antara korang yang sangat suka dengan karakter adiwira Superman yang telah pun wujud sejak dari dulu lagi. Karakter adiwira dari judul filem yang sama ini digambarkan memiliki kekuatan luarbiasa dan sering membantu menyelamatkan orang awam yang dalam bahaya.
Biarpun begitu, baru-baru ini seorang pelawak berpakaian kostum Superman telah menempah bencana pada dirinya. Pelawak ini telah cuba memberhentikan bas guna tangannya, tapi tidak berjaya dan akhirnya dilanggar.
Menerusi sebuah laporan, difahamkan lelaki yang juga pelawak bernama Luiz Ribeiro de Andrade telah dilanggar oleh bas berkenaan selepas aksinya itu gagal. Pelawak ini sempat merakamkan cubaan aksinya itu yang mahu berhentikan bas tersebut hanya menggunakan tangan sahaja.
Dalam satu temubual, Luiz yang berusia 35 tahun memberitahu dia tersilap mengira jarak dan akhirnya dilanggar. Namun begitu, selepas dilanggar Luiz masih boleh bangun seperti biasa dan sempat bergurau dia diperbuat dari besi.
Selain dari itu, pelawak berpakaian kostum Superman ini turut mengakui kemalangan ini terjadi kerana kesilapannya sendiri. Malah dia tidak menyalahkan bas itu langsung.
Bagaimanapun, tindakan lelaki ini adalah paling tidak bijak dan boleh mengancam nyawa. Terlalu terpengaruh dengan karakter adiwira filem adalah perbuatan yang boleh membahayakan diri. Harapnya jangan pula ada yang meniru aksi lelaki ini ya!