Pelanggan kesal beli kentang goreng atas cantik tapi bawah berkulat

Pelanggan kesal beli kentang goreng atas cantik tapi bawah berkulat

 

 

 

 

 

Tular di media sosial Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eca Rahimi yang meluahkan rasa kecewa apabila ditipu peniaga telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu menunjukkan kentang goreng yang dibelinya sudah berkulat dan rasa masam.

Difahamkan, peniaga itu telah menutup bahagian atas dengan kentang yang baru digoreng namun di bahagian bawahnya seperti sudah ditinggalkan dalam tempoh yang lama.

kentang

 

Niaga la betul-betul. Kentang berkulat , masam.

Menurut wanita itu, dia telah membeli kentang goreng di Pantai Remis Sungai Sembilang untuk dimakan dirumah namun terkejut melihat bahagian bawah kentang yang sudah berkulat.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mengecam tindakan peniaga itu kerana dianggap seperti tidak ikhlas berniaga dan hanya mahukan keuntungan sahaja.

Kadang-kadang bebola nugget sosej pun diaorang jual yang semalam punya..
Kalau nk beli, baik beli benda yang masak dekat situ.. – netizen.

Tak tahu la nak cakap tapi dekat pantai makanan semua macam dah berapa hari dijual balik, lagi satu harga diaorang jual mengalahkan harga luar.. bukan nak kecam, tapi serik sumpah susah nak jumpa yang sedap,” tulis seorang pengguna Facebook.