Pelakon Will Smith tumbuk Chris Rock di pentas Oscars waktu siaran langsung kerana kutuk kepala botak isteri

Nama pelakon antarabangsa, Will Smith dan Chris Rock kini sedang trending di media sosial.
Menerusi Twitter, tular video menunjukkan insiden yang menyebabkan nama mereka menjadi sebutan. Insiden tersebut berlaku di atas pentas Academy Awards yang sedang berlangsung ketika ini.
Ramai netizen tertanya-tanya sama ada ia merupakan lakonan atau gimik semata-mata atau memang kejadian yang tidak disangka.
Chris Rock made fun of Jada and Will Smith got on stage to slap him and cursed him from his seat after. Live feed stopped on Astro because. Not scripted. Audience stunned. #Oscars pic.twitter.com/F5dN4prPfY
— 𝗔𝘆𝘀𝗵𝗮 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 (@ayshardzn) March 28, 2022
Menurut Independent, selepas menumbuk Chris Rock, rakaman turut menunjukkan Will Smith menjerit ke arahnya dari kerusi tempat duduk,
Jangan sebut pasal isteri aku”
Selepas menyampaikan anugerah Dokumentari Terbaik dan ketika itu dia telah membuat jenaka tentang penampilan isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith yang kini botak.
Bagaimanapun, Jada dilaporkan tampil botak bukan kerana fesyen atau suka-suka sebaliknya dia mempunyai masalah ‘alopecia’.
Selebriti lain dan penonton boleh didengari terkejut selepas melihat kejadian itu berlaku di atas sebuah pentas anugerah berprestij di Hollywood.