Pelakon veteran Bollywood dikatakan maut ditangan anak sendiri rupanya masih hidup, 1 dunia kena scam
Beberapa hari lalu, peristiwa sedih melibatkan pemergian Veena Kapoor didakwa angkara anak kandung sendiri cukup menghibakan ramai. Pelakon filem Bollywood ‘Meri Bhabhi’ itu katanya dikasari secara berulang kali menggunakan kayu besbol kerana berseteru tentang harta jutaan ringgit.
Setelah lama tersebar, rupanya Veena masih hidup
Di saat satu dunia berduka dengan nasib malang wanita berusia 74 tahun terbabit, hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita terbaru. Veena Kapoor rupanya masih hidup dan dia akui marah kerana khabar angin palsu disebarkan secara melulu oleh pihak media di sana termasuklah berita nasional televisyen.
“Bila berita tersebar, saya dapat banyak call & dihina teruk. Saya tak pernah terbayang langsungbenda ni walau dalam mimpi. Saya sayang ibu sangat. Tolong jangan sebar fitnah lagi” – Anak
failkan laporan polis atas penyebaran berita palsu
Laporan polis sudah pun dibuat oleh aktres veteran ini sebentar tadi. Apa yang berlaku cukup membuatnya geram, apalagi anak lelakinya mendapat penghinaan melampau setelah dituduh menganiaya ibu sendiri. Hingga kini, ramai pihak yang memberikan tribute khas bagi mengenang pemergian Veena walhal tuan badan masih sihat sejahtera.
Kejadian jenayah memang berlaku tapi orangnya berbeza…Nama kebetulan sama
Berkenaan berita perkembangan jenayah sebelum ini, polis sahkan memang ada kejadian sebenar yang berlaku di kawasan Juhu, Mumbai. Namun secara kebetulan, nama wanita yang ‘tewas’ itu pun sama iaitu Veena Kapoor. Fitnah yang berlaku diakui menjejaskan kehidupan harian artis terbabit. Bukan saja mendapat panggilan telefon tanpa henti, kontrak kerjanya juga banyak terbatal kerana disangka sudah pergi buat selamanya.
Kredit : Portal Jagran