Pelakon teater dan filem, Jit Murad meninggal dunia

Pelakon teater dan filem, Jit Murad meninggal dunia

Penulis, pelakon teater dan filem terkenal dan disegani, Jit Murad dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Berita duka pemergian Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan disahkan oleh beberapa sahabat rapatnya.

Memetik daripada laporan Astro Awani memaklumkan bahawa punca sebenar kematian Jit masih belum dikenalpasti.

Jit yang merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor mula bergiat aktif dalam bidang seni lakonan sejak 1987. Beliau juga merupakan abang kepada penerbit filem, Na’a Murad.

Beliau pernah membintangi filem ‘Selubung’, ‘Mimpi Moon’, ‘Talentime’ dan 1957: Hati Malaya.

Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Jit Murad, semoga rohnya bersama golongan yang orang-orang beriman.

https://twitter.com/fahmi_fadzil/status/1492436310123974657?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1492436310123974657%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2022%2F02%2F12%2Fpenulis-pelakon-teater-dan-filem-jit-murad-meninggal-dunia%2F