Pelakon Syazlin Zainal maut akibat jatuh tingkat 22 pangsapuri

Pelakon Syazlin Zainal maut akibat jatuh tingkat 22 pangsapuri

Sejak semalam, kita dikejutkan dengan berita tentang seorang pelakon wanita yang dikhabarkan telah pun pergi bertemu Ilahi. Kehilangan influencer berusia 27 tahun tersebut dikatakan cukup membuatkan ramai tak sangka terutamanya rakan-rakan serta peminat memandangkan dia dikhabarkan masih lagi dilihat aktif di sosial media sebelum itu.

Kenyataan media Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Meskipun itu, sejak semalam punca pemergian Allahyarhamah Syazlin Zainal tidak dikhabarkan kepada umum dan dikatakan masih dalam siasatan. Lebih sedih lagi, dia juga dikatakan bakal menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 28 dalam beberapa hari saja lagi. Terbaru Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah mengeluarkan kenyataan tentang kejadian berkenaan.

 

 

Tak Sempat Juga Sambut Birthday, Polis Maklum Pelakon Ditemui Bawah Apartment 2

Tak Sempat Juga Sambut Birthday, Polis Maklum Pelakon Ditemui Bawah Apartment 3

Wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan bekerja sebagai pelakon sambilan

Menerusi portal Harian Metro, pihak polis telah menerima satu panggilan kecemasan yang memaklumkan penemuan tubuh seorang wanita di bahagian bawah sebuah pangsapuri. Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari tersebut, Allahyarhamah dikatakan ‘tewas’ selepas tergelincir dari tingkat 22 bangunan berkenaan.

Tak Sempat Juga Sambut Birthday, Polis Maklum Pelakon Ditemui Bawah Apartment 4

Akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor

Siasatan polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden yang berlaku di kawasan Taman Iskandar tersebut. Dalam pada itu, Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga hari ini.