Pelajar dikecam tak bantu bapa jatuh motor, wakil sekolah tampil dedahkan dia…

Pelajar dikecam tak bantu bapa jatuh motor, wakil sekolah tampil dedahkan dia…

Zaman sekarang ini, begitu mudah untuk orang menyebarkan sesuatu video tanpa mengetahui kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan individu berkenaan dikecam.

Salah satu contoh terdekat adalah sebuah video yang tular semalam  menyebabkan warganet hebat mengecam seorang pelajar sekolah kerana tidak membantu bapanya terjatuh daripada motorsikal.

Video viral punca pelajar perempuan terima kecaman

Menerusi video dashcam yang dimuat naik semula oleh penangkini di laman Instagram, dilihat seorang ayah sedang berada di hadapan sekolah untuk mengambil anak perempuannya sebaik sahaja tamat sesi persekolahan.

Walau bagaimanapun, si ayah dilihat gagal mengimbangi badannya sehingga menyebabkan dirinya terjatuh di atas jalan raya. Akan tetapi, tindakan si anak yang hanya mengendahkan ayahnya itu telah menerima banyak kritikan dan cemuhan warganet kerana langsung tidak membantu dan hanya memandang di sekeliling sahaja.

 

 

Mohon delete & minta maaf pada keluarga…

Namun, lain pula kisah sebenar apabila wakil sekolah pelajar berkenaan tampil bersuara dan meminta agar individu yang menyebarkan video tersebut memadamnya dan meminta maaf kepada keluarga terlibat.

Ini kerana video tersebut menyebabkan ramai salah faham sehingga mengguriskan hati pihak sekolah dan keluarga pelajar terbabit.

“Mohon panjangkan kepada pemilik TikTok ini. Delete video ini.  Amat mengguris hati warga Semnash Besut. Mohon jai-99 mohon maaf kepada pelajar dan keluarga mereka,”tulis wakil sekolah berkenaan.

Dia pelajar lembam

Dalam pada itu, pihak sekolah menjelaskan bahawa pelajar berkenaan sebenarnya mempunyai kekurangan di mana dia sebenarnya di bawah kategori lembam dan lambat bertindak.

“Pelajar kita ini lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun.
“Kasihan pelajar ini. Semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang  menyebarkan tanpa mengetahui kebenaran.”jelasnya lagi.

Difahamkan, pemilik asal tersebut sudah memadam video.

Sumber: Instagram @penangkini, TikTok @adyadnin90