Peguam ini kongsi pengalaman uruskan kes cabul anak tiri

KES CABUL ANAK TIRI

1. Saya pernah membantu seorang lelaki yang dituduh mencabul anak tirinya yang masih kanak-kanak.

2. Yang buat laporan polis adalah isterinya sendiri.

3. Dia memang mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya tetapi dia tidak menyangka sampai ke tahap itu isterinya buat pada dia. Akibatnya, dia ditangkap di tempat kerja sebelum dituduh di Mahkamah beberapa hari selepas itu.

4. Semasa hari Perbicaraan, pihak Pendakwaan memanggil 6 orang saksi. Diantara mereka ialah isteri dan anak tirinya. Sebenarnya, itulah kali pertama saya terpaksa “cross-examine” seorang kanak-kanak di Mahkamah. Rasanya, umur dia belum sampai pun 12 tahun.

5. Biasanya sewaktu “cross-examination”, saya suka tunjuk tegas. Itu kaedah yang biasa saya gunakan untuk menguasai saksi. Tetapi dalam kes ini, saya tak boleh tunjuk tegas terhadap budak perempuan itu.

6. Saya tahu kalau saya guna cara itu, mesti saya tidak akan dapat jawapan yang saya mahu dari dia.

7. Maka, saya ubah teknik “cross-examination”. Saya cuba layan dia seperti kanak-kanak dan bukannya seperti saksi-saksi Pendakwaan yang lain.

8. Saya cuba jadi lebih santai ketika tanya dia soalan. Saya bahasakan diri saya dengan dia sebagai “pakcik” dan saya panggil dia “adik”. Saya rendahkan suara saya. Saya tanya dia satu persatu dan perlahan-lahan agar dia betul-betul faham soalan saya.

9. Saya hadapkan badan dan wajah saya betul-betul kepadanya seperti seorang ayah yang cuba untuk mendengar cerita daripada anaknya. Saya tidak mencari salah dia di dalam soalan-soalan saya. Saya sekadar mahu dia bercerita sahaja. Saya pancing dia elok-elok.

10. Akhirnya strategi saya menjadi. Saya dapat jawapan yang saya mahukan darinya.

11. Alhamdulillah, kes selesai di peringkat Pendakwaan saja. No call for Defence. Anakguam saya selamat.

12. Itulah pengalaman saya menyoal balas kanak-kanak dalam kes cabul.

Wallahu a’lam.

#kitajagakita

Mohd Fitri Asmuni