Pegawai khas Najib didakwa biadab terhadap wartawan wanita
Kecoh di media sosial mengenai kejadian pegawai khas Ahli Parlimen Pekan Najib Razak yang dikatakan bertengkar dengan pihak media.
Difahamkan, ia berlaku selepas pegawai itu didakwa memarahi wartawan terbabit kerana enggan memadamkan gambar yang diambilnya.
Tidak cukup dengan itu, pegawai berkenaan juga didakwa menggunakan perkataan kesat dan merapatkan mukanya kepada wartawan itu.
Susulan daripada itu, pegawai tersebut Ahmad Lutfi Azhar tampil memperjelaskan kejadian sebenarnya
Menurut Lutfi insiden itu merupakan salah faham dan mendakwa pendekatannya ‘tegas tetapi tidak kesat’.
Pun begitu, namun mengakui tindakannya menuntut pengamal media memadamkan gambarnya adalah salah dan menawarkan gajinya bulan ini ditolak.
“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf atas salah faham dan jika saya nampak seolah-olah menyinggung perasaan.
“Saya tegas tetapi tidak kesat, bagaimanapun saya tahu saya salah kerana saya tidak sepatutnya meminta media memadamkan gambar walaupun dia mengambil gambar saya dan bukan Najib.
“Sangat tidak biasa bagi saya untuk bertindak seperti ini tetapi mungkin ia adalah kerana situasi tegang dan keletihan di jalan raya,” katanya.
Sumber: Malaysiakini